Wakalah Zakat EMZI Meringankan Beban Asnaf Bersama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

29 JULAI – EMZI Group, dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), berjaya melaksanakan Wakalah Zakat EMZI semasa majlis penutup program Titian Entrepreneur Siswa di Tanjung Dawai.

Acara ini telah dihadiri oleh ADUN Tanjung Dawai, Yang Berhormat Ustaz Haji Haniff Bin Ghazali, dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UniSHAMS, Dr. Akil Ahmad. Turut hadir ialah wakil dari EMZI Group, Cik Yuszaiwani Binti Md Yusof, Ketua Jabatan, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam. Agihan ini telah dilaksanakan serentak di tiga kawasan, iaitu Kuala Muda, Yan, dan Kubang Pasu, Kedah.

Wakalah Zakat EMZI dianjurkan dengan tujuan untuk meringankan lagi beban keluarga yang dikategorikan sebagai ‘asnaf’, iaitu mereka yang bergelar usahawan berskala kecil. Melalui program ini, sebanyak 42 kotak bekalan makanan asas yang terdiri daripada beras, gula, minyak, dan pelbagai barangan makanan ruji kering yang lain, telah disumbangkan.

EMZI Group yakin bahawa setiap inisiatif yang diambil dapat memupuk nilai-nilai keprihatinan dan kebersamaan dalam komuniti. Harapan kami agar sumbangan ini dapat menjadi inspirasi semangat dan perubahan positif dalam kehidupan mereka yang memerlukan.

Privacy Preference Center

ENBMAR